Monday 7 December 2015

10 ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU MENURUT IMAM AS-SYAFIE


Dalam ISLAM menumtut ilmu itu adalah satu kefardhuan..sebagai seorang muslim,,menuntut ilmu itu penting dalam memajukan diri. Dengan menuntut ilmu juga kita akan mampu untuk menegakkan syiar ISLAM dan menyebarkan ISLAM ke seluruh dunia..Namun dalam proses menuntut ilmu terdapat adab-adab yang harus diamalkan agar ilmu itu dapat diterima dengan mudah dan diberkati.



  • IKHLAS KERANA ALLAH

Tetapkan hati menuntut ilmu ini semata-mata kerana untuk mendapatkan redha ALLAH dan demi berjihad pada jalan ALLAH.


  • MENINGGALKAN KEMUNGKARAN
Hidup sebagai seorang manusia ini tidak lari daripada melakukan kemaksiatan.Sesungguhnya pintu taubat ALLAH sentiasa terbuka buat hambaNYA.


  • MENCATAT SETIAP ILMU YANG DIPELAJARI  
Manusia ini mempunyai sifat lupa dalam diri. Moga dengan sedikit catatan itu ALLAH membuka pintu hati kita dengan lebih luas untuk menerima ilmuNYA. In shaa ALLAH


  • BERSABAR DENGAN BIMBINGAN GURU
Guru menyampaikan ilmu. Segala teguran dan pesanan guru adalah sebagai satu kunci kepada kejayaan. Patuhi mereka selagi mana tidak bertentangan dengan agama. Guru adalah insan yang mulia.


  • PENGURUSAN MASA YANG BAIK    
ALLAH memberikan settiap manusia di bumi ini 24 jam. Pengurusan masa yang sempurna perlu dalam proses menuntut ilmu demi memastikan ilmu yang pelajari dapat diserap dan diaplikasikan.Tepati masa ketika menghadiri kelas.Tips:selepas qiamullail adalah masa yang terbaik untuk mengulangkaji pelajaran kerana kandungan udara bersih yang lebih tinggi.Susun jadual belajar dengan baik.


  • MENIKMATI ILMU YANG DIPELAJARI
Ilmu yang telah diperoleh itu haruslah diaplikasikan dalam kehidupan dan dimanfaatkan. Ilmu itu juga perlu dikongsikan kerana ilmu ini akan bertambah selagi ianya disebarkan.


  • MENDEKATKAN DIRI DENGAN ORANG YANG BERILMU
Apabila bersama orang yang berilmu, sudah tentu ada perkara yang berfaedah dapat dikongsikan dan ilmu baru dapat dipelajari. Sesungguhnya ALLAH telah memberikan akal kepada manusia untuk berfikir. Gunakan akal dan nikmat yang ALLAH telah berikan untuk membincangkan dan merungkai isi dunia.


  • MENGEMBARA DALAM MENUNTUT ILMU
Ilmu ini harus dipelajari dan diterokai. Semakin jauh perjalanan, semakin banyak ilmu yang diperoleh tidak kira sama ada duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu ini harus dicari dan disebarkan agar semua mendapat manfaatnya.


  • MENGHARGAI DAN MENGHORMATI PENDAPAT ORANG LAIN
Dalam menuntut ilmu,kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia dan pelbagai jenis pegangan dan pandangan. Namun siapa kita untuk menilai baik buruk pandangan sesetengah pihak. Jadi belajar menerima dan menghormati pandangan orang lain.


  • TIDAK DUDUK DI TEMPAT DUDUK GURU
Guru adalah insan yang mulia. Elakkan untuk duduk ditempat duduk guru sebagai tanda kita menghormati mereka. Keberkatan guru sangat penting kerana segala ilmu itu dipelajari daripada seorang guru.



Semoga sama - sama kita perbaiki diri kita... Hidup di dunia ini adalah perjalanan menuju ke akhirat. Biar berpenat di dunia demi kesenangan di akhirat. ALLAHU RABBI.




-mengejarsyurgaALLAH-